SEJARAH PENUBUHAN
Latar Belakang
Koperasi Kakitangan Maktab Koperasi Malaysia Berhad atau lebih dikenali dengan KOOP MKM telah ditubuhkan pada 16/05/1987 di bawah Akta Koperasi 1993 dengan pengerusi pertama iaitu Allahyarham Ybhg. Datuk Ahmad Ghazi Abdul Hamid, mantan Pengarah MKM.
Keanggotaanya sehingga kini adalah seramai 327 orang. Anggota koperasi ini terdiri daripada kakitangan Institut Koperasi Malaysia (IKMa), ahli keluarga kakitangan dan pesara IKMa.
Matlamat penubuhan adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya selaras dengan prinsip koperasi. Sementara tujuan koperasi ini ditubuhkan adalah untuk menyediakan kemudahan kepenggunaan kepada anggota.
Matlamat penubuhan adalah untuk meningkatkan sosio ekonomi dan kebajikan anggotanya selaras dengan prinsip koperasi .
16 Mei 1987
Awal Penubuhan
Koperasi Kakitangan Maktab Kerjasama Malaysia Berhad
1987
26 Sept 2016
Pertukaran Nama
Koperasi Kakitangan Maktab Koperasi Malaysia Berhad
2016
2019
Koperasi Digital
Mengorak langkah sebagai koperasi digital untuk mempromosi kan semua produk dan perkhidmatan secara online
2020
Proses Pertukaran Nama
KoopMKM yang telah berusia 34 tahun sedang menjalani proses pertukaran nama daripada Koperasi Kerjasama Maktab Malaysia Berhad kepada Koperasi Kakitangan Maktab Koperasi Malaysia Berhad (KoopMKM) sejajar dengan perubahan nama MKM kepada IKM
2021
Pertukaran Nama Baharu
Setelah berusia 35 tahun Koperasi Institut Koperasi Malaysia Berhad (KoopMKM) telah menukar nama kepada Koperasi Warga Institut Koperasi Malaysia Berhad (KoIKMa) sejajar perubahan akronim IKM kepada IKMa